Dakwaan yang mengatakan kerajaan akan bankrup dan tidak mempunyai wang untuk membayar kakitangan awam adalah tidak berasas sama sekali berikutan kemampuannya untuk mengaji lebih 40,000 kakitangan awam baru setiap tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata dalam pada itu kerajaan menerima lebih 1.4 juta pemohonan untuk menyertai sektor awam setiap tahun.
Katanya kemampuan kerajaan membuat pengambilan baru dan berdasarkan jumlah pemohonan kerja yang diterima membuktikan kedudukukan kewangan negara kukuh serta keyakinan tinggi rakyat terhadap pentadbiran kerajaan yang ada hari ini.
Menurutnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menerima 1,629,813 permohonan bagi pelbagai jawatan dalam kerajaan sepanjang tahun lalu.
Daripada jumlah itu, 245,143 pemohon telah ditemuduga dengan 45,293 diambil bekerja sebagai kakitangan sementara dan tetap dalam perkhidmatan awam.
Entulu berkata dalam tempoh itu 24,607 pegawai awam disahkan jawatan manakala 24,200 pegawai lagi mendapat status pencen dan 96 pegawai ditukarkan ke jabatan lain.
"Dakwaan (kerajaan bankrup) hanyalah satu propaganda yang suka dimainkan pembangkan untuk memburukan kerajaan.
"Kerajaan mempunyai kemampuan untuk membayar gaji kerana pembayaran ini telah ditetapkan dalam peruntukan pembangunan dan pengurusan setiap kali bajet dibentagkan setiap tahun," katanya ketika merasmikan karnival kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Ipoh pagi tadi
Turut hadir pengerusi SPA Tan Sri Arpah Abdul Razak and pengerusi SPA Perak Datuk Jamry Sury.
Bagi tahun ini sahaja, Entulu berkata SPA telah membuat pengambilan baru seramai 35,000 dengan keutamaan mengisi jawatan kritikal seperti melibatan jabatan kesihatan dan kira-kira kewangan.
"SPA akan tentukan jawatan mana yang perlu diisi dan pengambilan akan dibuat secepat mungkin," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan memastikan perkhidmatan awam tidak berlebihan bagi mengelak kualiti produktiviti terjejas.