top of page
muinsapidin

CUEPAS Rayu Kerajaan Kaji Elaun Lapuk Penjawat Awam

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan mengkaji semula elaun-elaun yang telah lapuk, yang telah lebih 12 tahun tidak dikaji.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan perlu melihat semula kadar simpanan isi rumah rakyat ketika ini, khususnya penjawat awam, yang tidak sampai 0.7 peratus.

Menurut beliau, kadar itu menunjukkan gaji yang diperolehi penjawat awam ketika iini tidak mampu menyaingi kos kehidupan yang terus meningkat, termasuk harga rumah dan barangan keperluan harian.

“Kami harapkan kerajaan dapat mempertimbang untuk mengkaji semula elaun-elaun yang telah lapuk kepada penjawat awam ini, sudahpun lebih daripada 12 tahun tidak dikaji, sudah beberapa kali penjawan dibentangkan, dikaji bagi menampung kekurangan pendapatan isi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Air Perak kali ke – 14 yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini pada Khamis.

Azih berkata, pihaknya bimbang sekiranya kadar simpanan isi rumah di negara ini terus berada kurang daripada 0.5 peratus, ia akan menyukarkan penjawat awam untuk membeli rumah dan menyara kehidupan keluarga.

Menurutnya, walaupun kerajaan telah mengemak skim perkhidmatan awam pada Julai lalu tetapi ia bukanlah semakan gaji seperti yang perakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kami keadaan keadaan ekonomi sekarang, keadaan ekonomi global tetapi kita harap dengan suntikan kebajikan oleh kerajaan kepada rakyat, negara akan lebih cepat pulih untuk berada dalam keadaan sedia kala,” ujarnya.

Beliau memberitahu, terdapat sebanyak 231 jenis elaun penjawat awam, antaranya elaun perkhidmatan, elaun perkhidmatan wilayah, elaun lebih masa serta elaun bermalam dan kerajaan boleh mana-mana elaun yang boleh membantu menambah simpanan penjawat awam.

Dalam masa sama, Azih juga meminta kerajaan mengkaji semula kelayakan pinjaman pembelian kenderaan untuk kakitangan awam, sekaligus membantu meningkatkan `take home pay’ mereka.


73 views0 comments
bottom of page