top of page
  • muinsapidin

Dr Zambry Dedah Pengedaran Surat Palsu Pelantikan Sultan Perak

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan percubaan pihak tidak bertanggungjawab mengedarkan surat palsu kononnya beliau telah membuat pengisytiharan bahawa Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak Yang Ke-36.

Menurut Dr Zambry, surat palsu itu yang menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar, tidak diketahui dari mana puncanya, telah diserahkan kepada beliau oleh seorang kakitangan pejabat Menteri Besar pagi Rabu.

Sehubungan itu beliau telah mengarahkan supaya satu laporan polis dibuat hari ini berhubung perkara itu.

Dr Zambry melahirkan rasa kecewa kerana ia merupakan satu lagi kes pemalsuan menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar yang cuba mencemarkan imej pejabat Menteri Besar Perak.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba menggunakan pejabat Menteri Besar atau mencemarkan nama pejabat Menteri Besar bagi tujuan tertentu di mana kita tidak tahu apa tujuan mereka sebenarnya dan apa sebab meminta saya mengisytiharkan orang ini sebagai Sultan Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Dr Zambry berharap, dengan laporan polis yang dibuat itu, pihak polis akan menjalankan siasatan segera bagi mencari dan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan surat palsu itu.


60 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page