top of page
muinsapidin

Anak tak sedar bapa meninggal empat hari lalu

Seorang lelaki terkejut apabila mendapati bapanya yang uzur dan tinggal bersendirian sudah meninggal empat hari yang lalu ketika datang untuk menjenguk orang tuanya di Aulong Baru, Taiping semalam.

Gambar Hiasan

Lelaki tersebut menjumpai mayat bapanya yang berusia 74 tahun tertiarap dalam bilik air setelah berjaya memasuki rumah dengan memecah tingkap pada 9.30 malam.

Beliau telah bergegas untuk memeriksa bapanya setelah diberitahu orang tuanya tidak menyahut panggilan ketika kakaknya datang untuk menziarahinya pada 6.45 petang.

Warga tua yang berada dalam keadaan uzur dilaporkan hidup bersendirian sejak 15 tahun lalu setelah berpisah dengan isterinya.

“Mangsa biasanya diziarahi oleh anak-anaknya yang tinggal di Taman Kami dalam tempoh 3 atau 4 hari sekali seminggu.

Namun semalam kakak pengadu telah ke rumah orang tuanya dan panggilan beliau tidak dijawab mangsa, lalu memberitahu adiknya untuk datang memeriksa keadaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

Menurut kenyataan itu lagi mangsa yang dipercayai telah meninggal empat hari lalu telah dihantar untuk post mortem dan kes telah diklafikasikan sebagai mati mengejut.


33 views0 comments
bottom of page