top of page
muinsapidin

Polis kesan suspek pukul penagih dadah serang pemandu teksi

IPOH: Polis sedang berusaha mengesan beberapa suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan dalam insiden seorang lelaki dipukul orang awam kerana menyerang pemandu teksi.

Mangsa,33, yang didapati positif dadah jenis methampetamine dan benziopone meninggal dunia 11 hari selepas dimasukkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 5 September.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia berikutan kecederaan

setelah mendapat rawatan selama 11 hari dipercayai akibat kesan dipukul oleh orang awam. Dalam kejadian 5 September itu, mangsa dipercayai menaiki teksi dari Sitiawan ke Kuala Sepetang ‎dan secara tiba-tiba bertindak kasar terhadap pemandu teksi itu.

Mangsa telah menuduh pemandu teksi mengambil cermin matanya menyebabkan pemandu itu berhenti di satu stesen minyak di Manjung. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan ketika mengesahkan kejadian berkata mangsa cuba mencedera pemandu teksi dan bertindak agresif ketika orang awam cuba membantu. "Pemandu teksi itu dalam keadaan ketakutan dan ketika sampai di stesen minyak BHP Batu 13, Segari mangsa telah bertindak mengheret dan memaut leher pemandu teksi keluar dari kereta sambil mengancam dan mencabar orang ramai di tempat kejadian. " Orang ramai melihat pemandu teksi menjerit meminta tolong dan diperlakukan secara agresif oleh mangsa.

Mereka datang dan cuba membantu pemandu teksi, hingga terjadi pergelutan dengan lebih kurang 10 orang di tempat kejadian dan perkara ini telah direkodkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan saksi,"katanya dalam satu kenyataan media di sini pada petang Selasa. Katanya, pihak polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa masih dalam keadaan agresif biarpun sudah berada di dalam ambulans justeru saringan awal ujian air kencing telah dilakukan. Tambahnya, mangsa disahkan positif dadah jenis methampetamin dan benziodiozapine dan mangsa hanya dapat dirawat setelah kondisinya tenang sepenuhnya. " Mangsa disahkan mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi HRPB Ipoh dan disahkan meninggal dunia 11 hari kemudian iaitu pada 16 September, sekitar pukul 10 pagi.

"Kes tersebut pada peringkat awal disiasat di bawah Akta merusuh tetapi diklasifikasikan kepada Seksyen 302 membunuh setelah mangsa meninggal," katanya.

Enam suspek telah direman selama 14 hari dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Jlasnya, pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 30 tahun melalui rakaman CCTV di lokasi kejadian bagi membantu siasatan. "Keluarga mangsa telah dimaklumkan akan perkembangan kes dari masa ke semasa dan masih mengesan suspek yang masih bebas. Kami menyeru orang ramai tidak mengeksploitasikan insiden ini bagi menjaga kepentingan semua pihak," katanya.


48 views0 comments
bottom of page