top of page
muinsapidin

Karnival Deepavali Little India Sasar 500,000 Pengunjung

IPOH: Karnival Deepavali di Little India, Jalan Lahat yang kini meraikan perayaan Jubli Perak sempena tahun ke-25 penganjurannya mensasarkan untuk membantu usahawan tempatan dengan sebaiknya, berbanding tahun lepas.

Gambar Sumber Internet

Kali ini, penganjur utamanya, Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Little India Ipoh akan melaksanakan kolaborasi khas bersama dengan MIC Ipoh Barat bagi menjadikan program bersiri itu lebih berjaya dan bersifat komuniti.

Presiden persatuan, S Kalavala berkata, pihaknya akan menawarkan sebanyak 120 gerai di sepanjang jalan itu dan berharap peniaga tempatan akan merebut peluang untuk mempamerkan produk terbaik mereka.

"Kita menawarkan beberapa gerai masing-masing kepada ahli persatuan, peniaga industri perusahaan kecil tempatan, peniaga kacang putih dan tidak dilupakan kaum ibu tunggal pada harga yang amat berpatutan.

"Bezanya, tahun-tahun sudah kita membuka ruang untuk peniaga luar menyertai karnival ini dan malangnya pelbagai perkara kurang senang kami dengari, dan juga sambutan peniaga tempatan agak kurang memberansangkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Karnival Deepavali Little India Ipoh anjuran Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Little India Ipoh dan Persatuan MIC Ipoh Barat di ibu pejabat di sini pada petang Isnin.

Kalavala berkata, gerai-gerai akan beroperasi selama 15 hari bermula 15 Oktober manakala aneka persembahan dari artis dalam dan luar negara akan menghiburkan pengunjung bermula 21 Oktober.

Jelasnya, peniaga-peniaga akan menjual pelbagai jenis barangan seperti aksesori diri, perhiasan rumah

seperti kad perhiasan, bunga, kolam, lampu hiasan dan juga kad ucapan.

Sementara itu, Pengerusi MIC Ipoh Barat, Datuk G Rajoo berkata, pihaknya mengimpikan kemeriahan dan bahang fiesta cahaya itu dapat ditampilkan dalam karnival pada tahun ini.

"Setiap kali menjelang sambutan perayaan Deepavali, Little India yang terletak di Jalan Lahat pastinya diserbu masyarakat India di sini, untuk membeli pelbagai persiapan terutamanya pakaian tradisional dan kuih muih.

"Saya mensasarkan lebih 500,000 pengunjung hadir dari seluruh Malaysia dalam tempoh 16 hari penganjurannya, seiring dengan ulang tahun ke 25 karnival ini di Ipoh sendiri," ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya juga mengharapkan bantuan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk menyalakan kemeriahan di sepanjang karnival dengan hiasan lampu neon di sepanjang bangunan bersejarah di Little India Ipoh.

G Rajoo berkata, majlis penutup bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diiringi tetamu kehormat yang lain


69 views0 comments
bottom of page