IPOH - Seorang remaja berusia 18 tahun maut terjatuh daripada jejambat (flyover) di hadapan Hospital Pantai Putri Jalan Azlan Shah Utara di sini pada pagi Ahad.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata dalam kejadian jam 6.14 pagi itu, mangsa yang beralamat di Bercham berkenaan maut ditempat kejadian akibat patah tengkuk. "Kita telah menerima panggilan daripada anggota Cawangan Trafik Ipoh memaklumkam berkenaan kes tersebut. "Ketika kejadian anggota Cawangan Trafik Ipoh sedang menjalankan Ops Samseng Jalanan di bawah jejambat itu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi. Tambah beliau siasatan sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana mangsa yang merupakan penggangur menaiki motosikal itu terjatuh dari jejambat.