top of page
muinsapidin

Pendaki ‎wanita cedera tali mendaki putus

Gopeng- Pendaki wanita berusia 20-an mengalami kecederaan akibat terhempas setelah tali yang digunakan untuk menuruni gunung terputus ketika expedisi di Anak Gua Tempurung Sahom, di Sungai Siput Selatan dekat sini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak memberitahu, akibat jatuhan daripada ketinggian 7 meter tersebut mangsa, Ainatul Marhaini Idrus patah tangan beserta luka bahagian kaki, muka dan tangan "Kita menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 11.58 pagi tadi dan mangsa telah ditemui pada jam 12.55 tengah hari. "Setibanya anggota di sana di dapati terdapat seorang mangsa telah terjatuh pada ketinggian 7 meter selepas tali untuk mangsa turun dari gunung tersebut terputus. "Anggota telah menggunakan stretcher dan cervical collar membawa mangsa turun dari tempat mangsa ditemui kemudian menyerahkan mangsa kepada pihak ambulan," katanya dalam satu kenyataan.‎ Tambah beliau, ketika kejadian mangsa bersama 3 lagi rakannya dari kumpulan Green World Genetics Cameron Highlands yang membuat expedisi mendaki anjuran Camp Gua Tempurong.

Kesemua ahli kumpulan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.


37 views0 comments
bottom of page