top of page
  • muinsapidin

BN Bincang Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya

PASIR SALAK: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan satu mesyuarat di peringkat kepimpinan Khamis ini bagi membincangkan tentang syor persempadanan semula yang di kemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia berikutan terdapat beberapa kawasan Parlimen dan DUN yang didapati bermasalah dengan persempadanan itu.

Menurut beliau, antara kawasan yang bermasalah ialah Bentong, Tapah dan Pasir Salak.

"Khamis pagi saya akan bertemu dengan semua setiausaha komponan BN untuk mereka menyuarakan ketidakkepuasan hati mereka berhubung persempadanan semula itu" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2016 di Dewan FELCRA Seberang Perak Pasir Salak pada Ahad.

Hadir sama ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman.

Tengku Adnan menjelaskan, BN tidak ada kena mengena dengan persempadanan semula itu kerana ia hanya melibatkan pihak SPR.

Beliau turut menyangkal tuduhan pembangkang kononnya BN terbabit dalam persempadanan semula itu.

"Dia orang tuduh kita, jelas bahawa kita tiada kena mengena dalam hal ini dan SPR merupakan badan yang berkecuali, jadi dia buat ikut apa yang pemikiran mereka tetapi ada juga dalam bahagian Parlimen tersebut tidak berapa setuju apa yang dicadangkan oleh SPR," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan supaya pihak SPR menilai semula cadangan persempadanan semula itu.

"Jadi kita akan buat maklum balas kepada mereka kalau boleh minta dipinda balik apa yang parti-parti kompenan BN termasuk UMNO dan juga pembangkang yang membuat bantahan berhubung perkara itu" katanya.

Menurutnya, semua bantahan yang dikemukakan oleh parti-parti kompenan BN akan dikemukakan kepada SPR sebelum 14 Oktober depan.


56 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page