top of page
muinsapidin

RISDA Akan Keluarkan  Logo Produk Muslim Tahun Depan

IPOH: RISDA akan bekerjasama dengan Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia untuk mengeluarkan Logo Produk Muslim.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, logo baharu Produk Muslim itu akan diperkenalkan dan dilancarkan dalam satu persidangan anjuran RISDA melalui kerjasama institut berkenaan di Kuala Lumpur awal tahun hadapan.

Menurut beliau, logo Produk Muslim itu akan diperkenalkan kepada wakil-wakil pertubuhan Islam di Asia Tenggara dan jemputan dari negara-negara Islam lain yang menghadiri persidangan tersebut.

``Kita akan panggil wakil-wakil pertubuhan Islam di Asia Tenggara dan jemputan dari negara lain supaya kita akan perkenalkan logo halal baharu dengan menyatakan produk ini produk orang Islam,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan RISDA bersama Kelab Usahawan RISDA ( RISEC) di Mydin Mall, Meru pada Sabtu.

Menurut beliau, masyarakat Islam ketika ini masih mempertikai tentang logo halal JAKIM terutamanya dari segi pengawasannya.

Katanya, walaupun telah mendapat permohonan logo halal JAKIM namun timbul pula persoalan dan was-was mengenai sumber bekalan bahan itu diperolehi daripada orang lain dan syarikat bukan Islam.

Zahidi berkata, disebabkan permasalahan itu, maka RISDA akan memainkan peranan penting dalam menyusun dan memasarkan barangan hasil keluaran pekebun kecil dan masyarakat luar bandar ke pasaran antarabangsa.

Menurutnya, setakat ini RISDA telah mendapat permintaan daripada persatuan peniaga-peniaga muslim Cina di China untuk membuka 60 tempat perniagaan bagi memasarkan produk barangan halal Malaysia ke sana.

Selain itu, katanya, melalui Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), Malaysia turut mendapat peluang bagi memasarkan barangan halalnya ke peringkat antarabangsa.


20 views0 comments
bottom of page