Empat penjenayah maut dalam satu kejadian berbalas Tembak di Jalan Ampang Baru, Ipoh malam Khamis.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Hanafi berkata polis Perak berjaya menumpaskan empat penjenayah yang sangat dikendaki polis.
Katanya keempat-empat suspek warga tempatan itu dipercayai aktif terlibat dalam kejadian samun di negeri ini. Menurut beliau, kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.50 malam berhampiran dengan Balai Polis Tambun itu melibatkan pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri. Katanya satu sidang media khas berkenaan kes tersebut akan dibuat pada tengah ini.