top of page
muinsapidin

Dua Pusat Pemindahan Banjir Ditutup

IPOH: Dua pusat pemindahan banjir telah ditutup manakala sebuah lagi di Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang, Teluk Intan masih beroperasi setakat petang Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pusat pemindahan banjir di Teluk Intan itu ketika ini menempatkan 17 mangsa melibatkan 2 buah keluarga.

Katanya lagi, pusat pemindahan banjir di Pantai Remis telah ditutup pada jam 10 pagi tadi manakala pusat pemindahan banjir di Kuala Kurau ditutup pada jam 2 petang tadi.

Namun, tambah beliau, kesemua anggota berada di dalam keadaan berjaga-jaga berikutan air pasang besar mungkin berulang pada jam 4 atau 5 pagi esok (Jumaat).

Pada Rabu, seramai 90 mangsa telah dipindahkan ke tiga pusat pemindah tersebut berikutan fenomena banjir air pasang besar.


30 views0 comments
bottom of page