top of page
muinsapidin

Ibu Tunggal Tinggal Sehelai Sepinggang Selepas Rumah Rentung

TEMOH: Seorang ibu tunggal tinggal sehelai sepinggang apabila rumah saudara yang ditumpangi sejak beberapa tahun lalu di Kampung Temoh Stesen di sini rentung dalam kebakaran awal pagi selasa.

Zainab Aki, 73, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, dia tidak berada di rumah kerana tidur di rumah jiran.

Menurut Zainab, dia mengetahui mengenai kebakaran itu melalui anak jirannya yang membuat panggilan telefon kepada pihak bomba dan penyelamat.

“Saya dekat rumah kawan, saya tak perasan, lepas tu anak kawan telefon kat bomba, dialah bagi tahu, habis semua, apa-apa pun tak ada,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian ketika lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan pada Selasa petang.

Beberapa penduduk kampung yang ditemui tidak menolak kemungkinan kebakaran itu disebabkan oleh anak lelaki Zainab yang dikatakan mengalami masalah mental.

Anak lelakinya itu yang berumur dalam linggungan 40 an terselamat dalam kejadian tersebut.

Zainab juga mempunyai seorang lagi anak tetapi telah berkahwin dan menetap di negeri Johor.

Sementara itu, Samsudin mengumumkan bantua segera berupa pakaian, bekalan makanan dan wang tunai.

Beliau memberitahu, disebabkan Zainab tidak mempunyai rumah sejak awal lagi dan menumpang di rumah saudara, maka kerajaan negeri di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah memberi sebuah rumah mesra rakyat secara percuma kepadanya.

Menurutnya, rumah tersebut yang terletak tidak jauh daripada rumah yang terbakar itu sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua minggu lagi.

“Sementara itu, makcik ini bolehlah tinggal di rumah jiran dalam masa dua minggu ini dan selepas itu bolehlah untuk berpindah ke rumah baru,” kata beliau.


22 views0 comments
bottom of page