LUMUT: Air pasang besar di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis, di sini yang diramal berlaku 9 malam ini mungkin dijangka lebih teruk.
Pegawai Bencana Operasi Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung, Shamsur Shahuddin berkata, pihaknya juga menjangkakan jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan akan meningkat.
Gambar Hiasan
Ketika ini ,15 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor.
Beliau berkata, setakat tengahari tadi, paras air adalah satu meter berbanding 1.2 meter sekitar 6 pagi.
Sementara itu Pegawai Daerah Bagan Datoh, Datuk Hamzah Hussin berkata, jumlah keluarga yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang, Teluk Intan meningkat kepada tiga berbanding dua sebelum ini.
"Mereka belum dibenarkan balik selagi banjir tidak surut kerana kita bimbang berlaku perkara tidak diingini," katanya yang melawat pusat pemindahan itu.