TAIPING: Seorang pemandu lori maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan di jalan persimpangan lampu isyarat Sungai Mas, di sini pada awal pagi Isnin.
Kemalangan yang berlaku sekitar 3.55 pagi itu, melibatkan sebuah kenderaan dan sebuah motosikal, menyebabkan pembonceng motosikal meninggal dunia akibat impak kemalangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, wanita berumur 24 tahun yang merupakan pemandu kenderaan sekadar mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal pula mengalami kecederaan parah.
" Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu wanita daripada arah Taiping telah melanggar motosikal yang sedang membelok ke arah Taman Sungai Mas.
"Impak rempuhan tersebut telah menyebabkan penunggang motosikal mendapat kecederaan parah manakala pembonceng motosikal pula meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping," katanya kepada pemberita ketika dihubungi pada petang Isnin.
Harrith berkata, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kemalangan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.