EDINBURGH – SCOTLAND . Seorang pekerja di gudang wiski secara tidak sengaja berjaya menangkap gambar raksasa tasik Loch Ness yang turut digelar ‘nessie’ lapor Perkhidmatan Berita South West (SWNS).
Gambar raksasa tasik Loch Ness yang turut digelar ‘nessie’.
Ian Bremner, 58 tahun menangkap gambar raksasa tersebut pada mulanya tidak menyangka bahawa itu adalah ‘nessie’ namun setelah diteliti, kemungkinan besar gambar tersebut adalah raksasa tasik itu.
Menurutnya, dia berada di kawasan itu berhampiran dengan persisiran barat tasik tersebut untuk mencari rusa merah.
“Ini merupakan kali pertama saya melihat ‘nessie’. Tentu hebat jika saya orang pertama yang dapat menjumpainya.
“Sebelum ini, saya tidak begitu mempercayai kewujudannya namun kini saya sudah bertukar fikiran,” katanya kepada The Scotsman.
Tiada siapa yang menyangkal kemungkinan gambar yang diambil oleh Bremner itu adalah raksasa tasik Loch Ness namun begitu masih tiada yang mengesahkan gambar tersebut adalah benar.
Kali terakhir ‘nessie dilihat adalah pada tahun 2015 oleh Google Street View yang membolehkan pengguna menyelami dasar tasik Loch Ness itu.