top of page
muinsapidin

Perkhidmatan beca tingkatkan daya tarikan Ipoh

Perkhidmatan beca diperkenalkan semula sebagai tarikan terbaharu di Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, perkhidmatan beca yang diperkenalkan oleh M Bike Malaysia itu merupakan yang pertama di Malaysia di mana ianya mengunakan tenaga elektrik. Katanya, perkhidmatan tersebut akan menawarkan tiga pakej mengelilingi 26 lokasi pelancongan di Ipoh termasuk premis makanan dan lokasi-lokasi menarik. “Kali terakhir kita ada beca di Ipoh pada tahun 2005 dan itulah kali terakhir kita melihat beca di atas jalan raya di bandaraya Ipoh.

"Kini beca sudah kembali. Kerajaan negeri berharap beca ini akan menjadi satu tarikan baru untuk naikkan sektor pelancongan Ipoh," katanya.

‎Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Beca Tour M Bike di Kinta Riverfront Ipoh bagi mewakili Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Ahad Kata Norlee perkhidmatan beca berkenaan dipakejkan dalam tiga bentuk iaitu pakej A perjalanan sehala (satu tempat ke satu tempat) dengan bayaran sebanyak RM6, pakej B iaitu herittage trip (45 minit mengelilingi 26 kawasan tumpuan pelancongan) dengan bayaran RM30. “Manakala pakej C perkhidmatan sewa khas (1 jam) berharga RM50 yang boleh pergi ke mana sahaja yang diminta oleh penumpang,” katanya. Tambah Nolee lagi, sekiranya ia berjaya, pihaknya akan cuba menawarkan perkhidmatan tersebut di bandar Taiping untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sana. “Selain dikenali sebagai Bandar Warisan, Taiping mempunyai taman tasik yang kita tahu ianya satu tarikan pelancongan yang unik. Oleh sebab itu kita akan perkenalkan perkhidmatan beca ini di sana,” tambah beliau. Sementara itu,Pengarah M Bike Malaysia, Camees Foong berkata, sebanyak 20 buah beca disediakan bagi perkhidmatan berkenaan yang mana ianya akan ditempatkan di Kinta Riverfront dan beberapa lokasi pelancongan di Ipoh. “Kita akan beroperasi dua sesi iaitu pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari bermula Isnin hingga Ahad,” katanya


41 views0 comments
bottom of page