top of page
muinsapidin

‎Letupan Kilang Kimia, Penduduk Cemas Empat Pekerja Cedera

IPOH: Penduduk di sekitar Kampung Baru Bukit Merah di Menglembu berdepan detik mencemaskan apabila berlaku letupan melibatkan kilang memproses bahan kimia di kawasan perindustrian Bukit Merah pada pagi Sabtu.

‎Insiden pada 10 pagi menyebabkan empat pekerja kilang kimia itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital ‎Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan.

Kejadian mula disedari penghuni yang tinggal dan bekerja di kawasan berhampiran, sekitar 500 meter dari kilang terdengar satu bunyi dentuman kuat diikuti dengan bau tengik dan busuk di udara. Bahan kimia berkenaan dipercayai merupakan ferus klorida iaitu ammonia atau agen utama dalam pengurusan loji kumbahan. Kebanyakan penduduk yang menghidu bahan kimia berkenaan mengadu mengalami sakit tekak dengan rasa gatal dan batuk teruk serta rasa panas seperti terbakar pada bahagian kerongkong mereka. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menghantar dua jentera ke lokasi kejadian untuk tujuan pembersihan sekitar pukul 12.15 pagi dan kerja pembersihan masih sedang dijalankan. Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata pihaknya menerima aduan mengenai kes kebocoran ammonia itu sekitar 12.03 dan bergegas ke tempat kejadian. Ketua Operasi BBP Pasir Puteh,Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hairiri Ahmad Shaibi berkata penduduk juga mengadu terhidu bau bahan kimia di kawasan perindustrian tersebut. "Pada mulanya, pihak pengurusan kilang Syarikat Malay-Sino mengesahkan terdapat kebocoran pada paip yang menyalurkan gas ammonia dan memberitahu keadaan masih terkawal. "Sejurus selepas itu, syarikat menghubungi semula balai menyatakan terdapat satu lagi kebocoran paip dan ianya sukar dikawal justeru anggota telah dihantar ke lokasi kejadian,"katanya.


55 views0 comments
bottom of page