top of page
muinsapidin

Penganjur Bersih 5 Hilang Akal – Putra

IPOH: Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shamsul Baharin Putra Ahmad Shibi menyifatkan penganjur Bersih 5, Maria Chin Abdullah sebagai individu yang “sudah hilang akal”.

Beliau berkata, tuntutan Bersih 5 kononnya mahu Pilihan Raya Umum (PRU) yang adil tidak lebih daripada sandiwara didalangi pihak pembangkang untuk mencetuskan huru hara, sekaligus memberi imej buruk kepada negara di mata antarabangaa.

“Saya nak tanya beliau, ketika Perak jatuh di tangan pembangkang dahulu adakah ianya adil kepada Barisan Nasional (BN)? Mengapa tidak mereka katakan keputusan itu tidak adil?

“Bukan saya tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi daripada Bersih 1 sehingga 4 lalu kita dapat lihat kereta polis diterbalikkan, peniaga-peniaga di sekitar kawasan itu tidak boleh berniaga dan pelbagai lagi kekecohan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Suara Perak ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) Daerah Kinta dan jamuan makan Hari Raya Korban di Jelapang pada Khamis.

Shamsul Baharin Putra yang juga Pengerusi PAPIM Daerah Kinta berkata, beliau akan mengadakan satu perbicangan bersama sayap Pemuda UMNO Malaysia mengenai perhimpunan tersebut.

“Saya akan minta pandangan daripada Pemuda UMNO Malaysia sekiranya terdapat akta-akta yang membolehkan kita membatalkan perhimpunan itu demi kesejahteraan negara ini.

“Lagipun perhimpunan itu bukan boleh ubah kerajaan pun, daripada kita mengadakan kekecohan lebih baik kita daftar undi dan tunggu pada PRU akan datang untuk menyatakan hasrat kita,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Azhar Ahmad berkata, majlis himpunan itu dibuat bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara NGO-NGO Islam yang ada di negeri ini.

“Ini merupakan usaha (Datuk Seri) Dr Zambry Abd Kadir sendiri yang mahu menyatukan kesemua NGO-NGO Islam yang terdapat di negeri ini supaya kita dapat bersoladiriti tanpa mengira fahaman.

“Tidak kira lah dari persatuan Pekida, PAPIM dan sebagainya, yang penting kita mahu kesemua mereka ini bersatu, kerana kita perlu ingat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi progam seumpama itu bagi memastikan NGO-NGO tersebut yang berakar umbi di luar bandar turut mendapat mesej yang sama.


32 views0 comments
bottom of page