GOPENG: Dua maut manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah kenderaan pick up merempuh lori rosak di Kilometer 294.6 dekat Gopeng Lebuhraya Utara Selatan pada malam
Gambar Hiasan
Dalam kejadian sekitar 8 malam itu, mamgsa seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 44 dan 22 tahun maut serta-merta.
Kedua-dua mangsa yang menaiki kenderaan Isuzu DMax dikatakan telah merempuh lori satu tan yang berada di tengah jalanraya kerana rosak. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Pegawai Bomba Kanan II Nor Zamri berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 8.05 malam dan bergegas ke tempat kejadian. "Setibanya di tempat kejadian,kami mendapati terdapat sebuah kemalangan melibatkan sebuah kereta D-Max merempuh bahagian belakang lori yang mengalami kerosakan. "Impak rempuhan berkenaan telah menyebabkan tiga orang tersepit manakala dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam,"katanya ketika dihubungi.
Nor Zamri berkata dalam kejadian berkenaan, dua orang mangsa iaitu pemandu dan penumpang kenderaan Isuzu tersebut disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak perubatan. Katanya, anggotanya terpaksa menggunakan peralatan rescue tool untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans dan mangsa yang meninggal dunia kepada polis untuk tindakan selanjutnya. "Operasi tamat sepenuhnya pada 9.10 malam dan kami turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba Simpang Pulai,"ujarnya lagi.