top of page

Ajal Empat Sekeluarga

muinsapidin

Empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 209 arah Utara berhampiran Lebuhraya Bandar Baru – Changkat Jering pada petang Selasa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Bekah, Penaga dekat Kepala Batas.

Jenazah Othman Hamid, 68, isteri, Aishah Arof, 68, anak, Azida Othman, 43, dan cucu Muhammad Aiman Hakim Suhaimi, 19, akan dikebumikan di kampung halaman mereka itu selepas Solat Zohor hari ini.‎

Dalam kejadian sekitar 3 petang Selasa, empat sekeluarga tersebut maut selepas kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki melanggar sebuah lori tanker yang diparkir di tepi jalan. Akibat kemalangan itu keempat-empat mangsa tersepit dan meninggal di tempat kejadian manakala pemandu lori tersebut tidak mengalami kecederaan. Difahamkan sebelum kejadian, kesemua mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas beraya di rumah anak lelakinya yang terletak di Lumut, Perak.


31 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page