top of page
muinsapidin

Upacara Keagamaan Bertukar Tragedi, Tiga Kanak-Kanak Lemas

TELUK INTAN: Upacara keagamaan bagi 30 Orang Asli dari beberapa keluarga di Sungai Bidor, Batu 6, berhampiran ladang sawit Gloster di sini pada Selasa bertukar tragedi apabila tiga kanak-kanak lemas.

Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dua mangsa, Sherrel Kulop, 11, dan Norzehan Long Asing, 13, ditemui lemas oleh anggota keluarga masing-masing tidak jauh dari lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari seorang lagi mangsa, Sheetel Kulop, 10, giat dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut beliau, mayat Sherrel ditemui kira-kira 11.15 pagi manakala mayat Norzehan ditemui 20 minit kemudian.

“Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Suara Perak pada petang Selasa.

Wan Hassan berkata, kejadian kira-kira 10.30 pagi itu berlaku apabila ketiga-tiga mangsa cuba mandi di tengah sungai sebelum hanyut dan hilang.

"Kira-kira 30 Orang Asli yang bersaudara berkumpul di kawasan itu sejak semalam (Isnin) untuk upacara keagamaan mereka.

“Ada yang datang dari Sungkai, Tapah serta kawasan sekitar sini," katanya lagi.


9 views0 comments
bottom of page