top of page

Hanyut Sekelip Mata Dibawa Arus

muinsapidin

PASIR SALAK: “ Saya hanya mampu melihat kedua-dua anak saudara saya hanyut dibawa arus,”.

Itulah luahan bapa saudara mangsa, Ahmad Tarmizi Ibrahim, 48, ketika menceritakan detik-detik cemas apabila menyaksikan dua anak saudaranya hanyut dibawa arus deras di tepi Sungai Perak, Kampung Bandar Tua, di sini pada petang Ahad. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Ahad, Mohammad Isma Daniel Mohd Firdaus Jim, 15, bersama sepupunya Mohamad Amirul Rosman, 18, dikatakan mandi bersama ahli keluraga mereka yang lain sebelum hilang dibawa arus. Namun, keseronokan keluarga itu bermandi-manda di tepi sungai Perak di berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas di bawa arus. Ahmad Termizi berkata, ketika kejadian dia bersama bapa Mohamad Amirul sedang memancing lebih kurang 500 meter dari tempat kejadian. “Amirul dan Isma bersama ahli keluarga lain mandi di tebing sungai lebih kurang jam 6 petang dan saya terus memancing. “ Tiba-tiba, kami terdengar kesemua mereka yang ada di tebing sungai menjerit meminta tolong kerana salah seorang telah di bawa arus,"katanya. Katanya, beliau bersama bapa Amirul segera ke tempat kejadian dan hanya mampu melihat kedua-dua mangsa tenggelam kerana arus deras. "Pada mulanya Mohamad Isma ditarik arus sungai dan Mohamad Amirul cuba membantu namun dia juga turut tenggelam. "Seorang lagi adik saya cuba membantu namun tidak berjaya dan kami sempat menarik tangannya kerana dia juga hampir dibawa arus,"katanya. Katanya, sehingga kini dia masih lagi trauma dengan kejadian berkenaan kerana ia berlaku sekelip mata. "Kejadian itu berlaku di depan mata dan saya tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan keadaan arus kuat boleh membahayakan keselamatan. "Saya akan ingat kejadian ini sampai bila-bila tambahan pula ia melibatkan kedua-dua anak saudara sendiri. Jelasnya, sebelum itu beliau bersama bapa kepada Mohd Amirul telah datang ke rumah inap milik keluarga mereka selepas sebuah majlis akikah untuk memancing di sungai manakala ahli keluarga selebihnya datang kemudiannya untuk mandi. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Penolong Penguasa Bomba, Zaiful Efandi Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan pada jam 6.56 petang Ahad. Katanya, mayat Mohd Amirul kemudian ditemui sekitar 4.30 pagi Isnin oleh orang kampung dalam jarak 100 meter daripada lokasi beliau dipercayai lemas. "Pada malam pertama operasi mencari mangsa mengalami sedikit kesukaran memandangkan keadaan waktu malam gelap yang menghadkan penglihatan selain arus air yang kuat dan sebelum unit selam tiba kami melakukan operasi mencari di atas air dengan dibantu agensi serta penduduk terlibat,"katanya. Sementara itu, keadaan ibu kepada Mohammad Isma dilihat begitu terasa dengan kehilangan anaknya itu. Dia dilihat menangis memanggil nama anaknya supaya pulang selain dikatakan pengsan beberapa kali akibat terlalu sedih dengan kejadian menimpa keluarga mereka. Jenazah Mohamad Amirul pula telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Biak kira-kira jam 11.30 pagi semalam.


34 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page