IPOH: Euphoria Academy yang baru dilancarkan pada 12 Ogos lepas kini memberikan tawaran untuk latihan Ilmu Potongan Rambut Professional jangka masa pendek buat semua yang berminat.
Pensyarah akademi, Syed Azizan Syed Ahmad berkata, kursus jangka pendek itu dilaksanakan untuk memenuhi permintaan ramai yang ingin mendalami teknik potongan rambut yang teliti namun tidak memakan tempoh masa lama.
Menurut beliau, kelas yang bermula pada awal bulan September itu akan diadakan setiap hujung minggu dan terbuka kepada semua peringkat umur, khususnya belia yang ingin menceburi bidang penggayaan rambut.
"Setiap mereka yang mengikuti kursus bakal dibekalkan dengan satu set gunting,sikat, pengering rambut, waterspray, cutting cape, section clip and sebuah mannequin iaitu patung untuk latihan dandanan secara hands-on.
"Kami juga akan memberikan beberapa modul asas dan teras seperti teknik kendalian gunting, blunt cut, point cut, deep point cit, slicing, chopping, graduation,guntingan selapis, bertingkat serta bobcut selapis, selain trend terkini pixie cut," katanya kepada Suara Perak.
Jelasnya, peserta juga berpeluang untuk mengikuti kelas bonus seperti kelas dandanan mekap kasual serta blow styling class.
"Terdapat lima kelas yang diadakan dan kami menawarkan harga cukup murah dengan latihan daripada pensyarah professional, hanya dengan harga RM450.
"Kelas tersebut akan bermula pada 10 pagi sehingga 4 petang dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di 0165966506 (Janny)," katanya lagi.