top of page

Wandy Cuba Buktikan Dirinya Pemimpin Daesh

  • muinsapidin
  • Sep 9, 2016
  • 1 min read

BAGAN DATOH : Tindakan Ketua militan Malaysia yang berpangkalan di Syria, Muhamad Wandy Mohamad Jedi mengeluarkan arahan pengeboman secara terbuka atau meletupkan diri sendiri adalah untuk memastikan tahap prestasinya berada sama dengan pemimpin Daesh di nusantara ini .

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, pihaknya sentiasa memantau setiap tindakan yang dilakukan Wandy seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan yang lantang mengeluarkan kenyataan akan terus melakukan ancaman dan menimbulkan kekacauan di negara ini sambil menyifatkan polis sebagai ‘pengacau.’ Zahid berkata, Wandy kini berada di Syria dan beliau terus berkomunikasi dengan pengikut-pengikutnya melalui media sosial. “Pihak Unit Anti Keganasan sentiasa memantau setiap patah perkataan dan setiap maklumbalas yang disampaikan. "Kita juga turut melakukan pemantauan melalui kaedah-kaedah lain,”katanya kepada pemberita di majlis penyerahan 130 ekor lembu korban bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, di Dewan Orang Ramai Sungai Sumun pada Jumaat Menurut Zahid, kerajaan tahu bahawa ada dikalangan pengikut-pengikut mereka di Malaysia mahu mengambil tindakan sebagaimana yang telah diarahkan untuk mewujudkan kononnya kerajaan Islam di nusantara meliputi Malaysia. “Tetapi atas kebersamaan pasukan keselamatan di seluruh negara-negara Asean, kita berkongsi maklumat apa yang dilakukan olehnya,”katanya. Zahid mengingatkan bahawa ancaman Daesh ini bukanlah manipulasi, publisiti atau diada-adakan sebaliknya adalah benar.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak bukan sahaja anggota keselamatan tetapi juga rakyat harus bersiapsiaga bagi berdepan ancaman anggota militant Daesh in


Comments


bottom of page