Pemimpin Harus Adil Kepada Rakyat- Zahid
- muinsapidin
- Sep 9, 2016
- 1 min read
BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen ataupun ADUN supaya sentiasa bersikap adil kepada semua rakyat.

Katanya, mereka haruslah melakukan tindakan untuk membantu secara adil kepada semua rakyat dan pengundi tanpa mengira sama ada mempunyai hubungan darah kekeluargaan atau kerana persahabatan. Menurut Zahid, ini kerana beliau mendapat maklumat bahawa ada dikalangan mereka yang tidak melakukan sedemikian. "Ini perlu dilakukan bukan kerana mungkin pilihan raya telah hampir tetapi saya fikir sikap untuk memberikan bantuan secara adil kepada mereka yang memerlukan harus menjadi budaya kepada pemimpin pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya atau pun dipilih melalui kaedah kaedah lain untuk diamanahkan sebagai pemimpin,’’ katanya. Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan 130 ekor lembu korban kepada masjid dan surau Sempena Hari Raya Aidiladha bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh di Dewan Orang Ramai Sungai Sumun, Bagan Datoh pada Jumaat. Menurut beliau, prinsip yang harus diberikan keutamaan adalah pemimpin itu harus adil kepada siapa yang perlukan bantuan dan perhatian.
Kataya keadilan walaupun boleh menjadi satu yang subjektif ianya merujuk kepada keadilan kepada orang yang memerlukan. "Di dalam soal ini saya memberikan penekanan yang bukan hanya kepada pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional tetapi saya yakin dalam parti apa sahaja pun langkah yang sama harus dilakukan," katanya.



Comments