top of page

Pemandu lori maut ditembak dirumahnya

  • muinsapidin
  • Sep 9, 2016
  • 1 min read

IPOH: Seorang pemandu lori maut ditembak dalam jarak dekat di rumahnya di Kampung Baru Chenderong, Batu Gajah, pagi tadi.

Pegawai Penyiasat Polis, Penolong Penguasa Faizol Mohd Isa, berkata mangsa yang dikenali sebagai Mathan Ragandran atau nama Islamnya Ahmad Nazri Abdullah, 46, kaku di atas sofa dengan kesan tembakan di kepala.

Kejadian itu disedari isteri mangsa, Norliza Omar, 35, setelah pulang menghantar anak mereka ke sekolah pada kira-kira jam 8 pagi, katanya.

Katanya, polis bergegas ke rumah mangsa setelah Norliza membuat laporan polis.

Menurutnya polis menemui dua kelongsong perluru yang berada dalam jarak dua meter daripada kedudukan mayat mangsa dijumpai.

Katanya, siasatan polis mendapati mangsa tinggal bersama isteri dan 3 orang anak perempuan sekitar umur antara 5 hingga 9 tahun.

Faizol berkata, semasa kejadian Norliza telah keluar menghantar anak ke sekolah dan dalam perjalanan balik.

“Isteri mangsa memberitahu terdengar bunyi yang kuat seolah-seolah bunyi mercun dan setiba dirumah mendapati mangsa telah kaku dengan kecederaan di kepala akibat ditembak,” katanya.

Polis enggan mengulas sama ada kejadian ini ada kaitan dengan sindiket samseng tetapi mengesahkan mangsa pernah membuat aduan tentang kejadian diekori oleh individu tidak dikenali.

Polis bagaimanapun mengesahkan bahawa mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Comments


bottom of page