IPOH: Pangkor Dialogue yang berlangung selama tiga hari bermula 2 September dan berakhir hari ini dilihat berjaya menghasilkan model lebih inklusif untuk pembangunan masa depan negeri Perak yang lebih cemerlang.
Penganjuran Pangkor Dialogue yang bertaraf antarabangsa terbesar ini yang menghimpunkan sekitar 5,000 pengunjung termasuk pemikir akademik daripada 25 negara dilihat cukup hebat dan boleh digunakan untuk membawa arus pembangunan yang baharu bagi menjawab segala permasalahan tentang apa yang berlaku sekarang akibat kemajuan yang ada. Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika menutup persidangan ini mengharapkan Pangkor Dialog yang akan diadakan tahun depan dapat mencetuskan banyak idea dengan kejayaan lebih besar. Katanya, Pangkor Dialogue juga berjaya menerap semangat juang yang tinggi dalam kalangn masyarakat Perak serta mencabar keupayaan diri untuk mencipta sesuatu yang diluar jangkauan dan kotak pemikiran biasa. "Semoga perbincangan dan pendapat kita pada perhimpunan ini dapat mencambahkan hasil-hasil serta tindakan progresif pada tahun-tahun yang mendatang,’’ katanya.
Ketua Pegawai Ekseukutif Institut Darul Ridzuan (IDR ) Dr Mazalan Khamis, persidangan itu berjaya mencetuskan banyak idea bernas terutama idea yang disampaikan oleh Pemenang Nobel Laureate, Muhammad Yunus yang membantu jutaan rakyat seluruh dunia keluar daripada kemiskinan. "Dengan pelbagai idea dan pendekatan yang inovatif dan kreatif ia merupakan inspirasi yang cukup besar dan terkini kepada mereka sama ada golongan belia dan wanita dan memberikan harapan baharu kepada mereka. '`Sebenarnya kita semua bukan sahaja kerajaan malah semua pihak boleh sama menyelesaikan masalah yang kita kita lalui dan dunia lalui sekarang,’’ katanya semasa penutupan Pangkor Dialogue di Hotel Casuarina @ Meru pada Selasa. Mazalan turut berbangga Ipoh diberi pengiktirafan sebagai Bandaraya Sosial Bisnes yang kelima di dunia pada Dialog itu semalam yang sekaligus membuktikan betapa pendekataan sosial business ini boleh menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi rakyat. "Pendekatan ini jelas dapat mengerakkan semangat kepada setiap individu sebagai penyelesaian kepada sebarang masalah dan bukan sebagai pembuat masalah,’’ katanya.