top of page
muinsapidin

Pelan Tindakan Untuk Tingkatkan Pekerja Mahir Negara

‎IPOH: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menubuhkan satu pelan tindakan untuk mengatasi cabaran melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Madius Tangau, menerusi pelan tindakan tersebut diharapkan lebih ramai pelajar yang berbakat dalam STEM dapat dilahirkan sekaligus memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yang berkualiti untuk pembangunan negara. Katanya, kerajaan setakat ini telah mengambil beberapa inisiatif antaranya melihat dari segi pembelajaran dan pengajian sains supaya ia dilihat lebih menarik dan menyeronokkan pelajar. Beliau berkata, antaranya kerajaan memperkenalkan asas pendidikan Sains (Inquiry Base Science Education) iaitu satu sistem pembejalaran yang diambil daripada Perancis dan melaksanakannya dibeberapa buah sekolah yang rendah prestasinya termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Kita melaksanakan dalam sebuah sekolah yang prestasinya memang rendah prestasinya berbanding dengan sebuah sekolah yang memang berprestasi tinggi dan setelah memperkenalkan sistem ini sekolah yang rendah prestasinya telah mengatasi sekolah berprestasi tinggi yang tidak melaksanakan sistem ini,’’ katanya. Madius berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapannya pada persidangan Pangkor Dialogue di Hotel Casuarina & Meru, Ipoh pada Selasa. Katanya adalah penting bagi semua pihak untuk melihat bahawa sistem ini benar-benar berkesan dalam melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. "Selama ini kita dipandu dengan soalan lepasan graduan nak kerja apa, berapa gaji tetapi hari ini ia harus ditukar lepasan graduan apa masalah yang hendak kita selesaikan dan kita boleh melahirkan generasi yang bukan sehaja pencari kerja tetapi pembuat kerja,’’ katanya. Selain itu Madius berkata perlu ada kesedaran dikalangan ibu bapa dan masyarakat kesekuruhannya kerana selama ini barangkali ibu bapa dan pelajar lebih senang dalam bidang lain kerana belum ada perubahan pemikiran dari segi matlamat itu. Terdahulu dalam ucapannya beliau kecewa kerana kuantiti tenaga mahir yang dilahirkan menerusi STEM semakin menurun. "Kita masih jauh daripada sasaran 2020 kerana ketika ini kita hanya mempunyai 28 peratus pekerja berkemahiran tinggi,’’ katanya.


6 views0 comments
bottom of page