top of page
muinsapidin

Setiap orang dilahirkan sebagai usahawan - Prof Yunus

Semua manusia dilahirkan sebagai ushawan, menurut Pemenang hadiah Nobel 2006, Profesor Muhammad Yunus ketika menyampaikan ucaptama di Dialog Antarabangsa Pangkor (PIDD). Beliau berkata meletakkan objektif kehidupan untuk bekerja bersama syarikat besar atau pun makan gaji merupakan idea lama yang perlu dilupakan generasi sekarang. “Lupakan idea mengenai mencari kerja kerana ianya idea basi, manusia merupakan pencipta pekerjaan dan bukan pencari pekerjaan.

“Kebanyakkan manusia ketika ini telah dikaburi dengan idea untuk mencari kerja, tetapi hakikatnya kemampuan manusia lebih daripada itu,” katanya dalam ucaptama pada hari persidangan Isnin. Tambah beliau pekerjaan bukan sahaja mensia-siakan potensi malah membunuh kreativiti serta idea seseorang individu untuk berinovasi. “Kenapa kita nak menghambakan diri kepada individu lain sedangkan kita semua dicipta dengan kemampuan sama rata? “Sebaik sahaja kamu menjadi hamba kepada orang lain, identiti, kesungguhan serta kreativiti kamu akan hilang. Kamu akan menjadi hamba selamanya,” ujarnya. Namun katanya, kecenderungan untuk berfikiran sedemikian sebenarnya berpunca daripada sistem kapitalis yang tersebar luas seluruh dunia ketika ini. “Bukan salah mereka mempunyai minda begitu, tetapi sistem kapitalis sedia ada yang memberitahu kita bahawa kejayaan adalah mempunyai pekerjaan yang bagus di syarikat yang bagus. Itu adalah salah. “Hakikatnya, hanya 62 orang sahaja di dunia ini yang mempunyai kekayaan lebih daripada 50 peratus penduduk dunia. “Kita semuanya dilahirkan sebagai ushawan dan kita seharusnya melakukan perkara yang kita inginkan, sukakan dan bukan menjadi hamba kepada sesiapa."


16 views0 comments
bottom of page