top of page
muinsapidin

Prof Yunus Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Di PIDD

IPOH: Pemenang Hadiah Noble 2006, Profesor Muhammad Yunus dari Bangladesh dinobatkan sebagai penerima sulung Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (Pangkor Dialogue) 2016.

Pengasas Bank Grameen yang dikenali sebagai bapa mikrokredit dan perniagaan sosial itu menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Anugerah itu diberikan bagi mengiktiraf pencapaian serta usaha Yunus melalui Bank Grameen dalam membasmi kemiskinan dengan memberi pinjaman mikro kepada gologan miskin, khususnya kaum wanita.

Muhammad merupakan penerima lebih 50 ijazah kehormat daripada pelbagai universiti di 20 negara selain penerima 112 anugerah khas dari 26 negara.

Ketua Pegawai Operasi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman turut menerima anugerah sama (Anugerah Sepanjang Hayat) bagi mengiktiraf kecemerlangan beliau dalam mencapai pelbagai kejayaan mengurus PNB sejak 1998.

19 individu lain turut menerima pelbagai anugerah dalam majlis tersebut seperti Anugerah Kecemerlangan Dalam Keusahawanan dan Pembangunan Industri, Anugerah Kecemerlangan Ikon Hartanah Tahunan dan

Anugerah Pembangunan Alam Sekitar.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Malam Anugerah PIDD itu telah berlangsung di Hotel Casuarina Meru pada malam Isnin.

Senarai pemenang Anugerah Dialog Pangkor 2016

1. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Profesor Muhammad Yunus (Pengasas Bank Grameen di Dhaka,Bangladesh)

2. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad)

3. Anugerah Kecemerlangan Dalam Keusahawanan dan Pembangunan Industri - Rishad Bathiudeen (Menteri Industri dan Perdagangan,Sri Lanka)

4. Anugerah Kecemerlangan Ikon Hartanah Tahunan - Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)

5. Anugerah Kecemerlangan Visi Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan - Datuk Ahmad Faris Abdul Halim ( Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd.)

6. Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan Runcit Tahunan - Datuk Mohd. Faroz Mohamed Jakel ( Pengarah Urusan Jakel Group)

7. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Pembangunan Komuniti - Mahamood Lebbe Alim Mohamed Hizbullah ( Menteri Pemulihan dan Penempatan Semula Sri Lanka)

8. Anugerah Pembangunan Alam Sekitar - T.R. Zeliang (Ketua Menteri Nagaland, India)

9. Pemenang Tahunan (Alam Sekitar) - Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (Presiden Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka)

10. Pemenang Anugerah Pembangunan Produk Kreatif - Hudson Sirisuwapong (Pengasas dan Pengarah Creative Lab Center)

11. Kecemerlangan Dalam Bidang Pertanian - Nicklaus Ho ( Ketua Pegawai Eksekutif Gaharu Technologies Sdn. Bhd.)

12. Kecemerlangan Dalam Bidang Makanan dan Minuman - Adnan Lee (Pengarah Urusan MBG Fruits Sdn. Bhd.)

13. Kecemerlangan Dalam Bidang Hospitaliti dan Pelancongan - Felina Tan Dri Datuk Mustapha Kamal ( Pengerusi dan Pengarah Eksekutif MK Land Holdings Berhad)

14. Kecemerlangan Dalam Bidang Perkilangan - Yap Suan See ( Presiden dan Pengarah Urusan Finisar (M) Sdn. Bhd.)

15. Kecemerlangan Dalam bidang Farmaseutikal - David Ho Sue San (Pengarah Urusan Hovid Berhad)

16. Kecemerlangan Dalam Bidang Perlandangan dan Komoditi - Tan Sri Datuk Seri Lee Oi Hian ( Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur Kepong Berhad)

17. Kecemerlangan Dalam Bidang Pendidikan Swasta - Marwarzy Abu Bakar ( Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Kejuruteraan Noble)

18. Kecemerlangan Dalam Bidang Servis Awam - Kolonel (K) Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd. Shukor Mahfar ( Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri)

19. Kecemerlangan Dalam Bidang Teknologi Semikonduktor - Lee Hoong Leong ( Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Unisem (M) Berhad.

20. Kecemerlangan Dalam Bidang Teknologi - Datuk Seri Mohd. Amin Abdul Nor ( Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bestarinet Sdn. Bhd.)

21. Kecemerlangan Dalam Bidang Latihan dan Pembangunan - Datuk CM Vignaeswaran Jeyandran ( Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad)


22 views0 comments
bottom of page