top of page
muinsapidin

Lelaki Terkejut Mayat Ibubapa Atas Katil

IPOH: Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat kedua ibubapanya di dalam bilik tidur di Jalan Kuala, di sini pada pagi Ahad.

Gambar Hiasan

Dalam kejadian, Foong Weng Hing, 82 dan isteri, Teoh Beng Lan ,72, dipercayai telah meninggal dunia sekitar seminggu berdasarkan keadaan fizikal yang telah kembung dan berbau busuk.

Anaknya, yang enggan dikenali berkata, beliau baru sahaja pulang daripada Singapura sebelum menyedari bau busuk berkenaan dan memeriksa bilik tidur kedua ibubapanya.

“Kedua ibubapa saya maut terlentang di atas katil mereka dan sebaik sahaja melihat insiden berkenaan, saya telah melakukan laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui masih dalam keadaan terkejut pada petang Ahad.

Tambahnya, kedua ibubapa gemar berada di dalam rumah kerana usia yang sudah lanjut.

Katanya, pihak perubatan masih cuba mengenalpasti punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan pada pagi Isnin.


10 views0 comments
bottom of page