top of page
muinsapidin

‎Inisiatif AMTOP dilancarkan

Inisiatif pembangunan Pusat Inovasi Teknologi Perubatan Asean atau Asean MEDtech Innovation Park (Amtop) bernilai RM400 juta di Kamunting dilancarkan hari ini.

Pengarah Eksekutif YBU Holdings, Hamzarul Hazmir Hamdan berkata, pusat teknologi perubatan yang pertama di Malaysia itu akan mula dibina pada suku pertama tahun hadapan dan dijangkan siap dalam tempoh 12 hingga 18 bulan depan. “Pembangunan pusat itu akan dibuat secara berfasa di mana pada fasa pertama ini kita akan mulakan dengan pembuatan serta membaikpulih perlatan perubatan terlebih dahulu. “Setakat ini kita telah pun mempunyai kilang kecil semi D yang menjalankan kerja-kerja membaikpulih tersebut di Kamunting dan pusat yang sebetulnya hanya akan dibina pada tahun hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas selepas menyampaikan taklimat Pelancaran Inisiatif AMTOP di Dialog Antarabangsa Pangkor yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru,Ipoh pada Isnin. Menurut beliau, pusat itu akan menumpukan kepada empat industri iaitu pembuatan, perniagaan membaikpulih peralatan perubatan, ujian dan pematuhan perlatan perubatan serta pembangunan modal insan. “AMTOP bertujuan mewujudkan rangkaian bekalan teknologi perubatan kita sendiri bagi seluruh pasaran Asean. “Kita mahu pemain industeri teknologi perubatan kita ini mampu bersaing dengan pemain-pemain di luar negara,” jelasnya. Beliau memberitahu pembangunan AMTOP merupakan kerjasama di antara YBU Holdings dan Chulia Life Sciences Sdn Bhd serta rakan teknikal iaitu syarikat membaikpulih perlatan perubatan terbesar di Eropah, Kumpulan TBS dari Itali


37 views0 comments
bottom of page