IPOH: Pangkor Dialogue yang bermula Ahad menyediakan satu platform penting untuk generasi muda sebagai barisan pelapis bagi menjamin kemajuan negeri Perak di masa-masa akan datang.
Program yang masuk tahun ketiga ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, tidak meminggirkan golongan muda seperti disangka setengah pihak kerana kerajaan negeri sedar, barisan pelapis harus disiapsediakan mulai sekarang bagi menjamin kelahiran pemimpin pelapis yang berdaya maju.
Beliau yang meninjau persiapan program itu gembira melihat penyertaan golongan muda seperti dalam majlis motivasi, perniagaan terak makanan dan sebagainya.
Katanya berbanding sebelum ini, Pangkor Dialogue tidak meminggirkan golongan itu pelbagai program sampingan disediakan untuk mereka bagi tujuan tersebut.
“Kita yang sudah tua menyediakan peluang kepada penglibatan golongan muda seperti dalam majlis ini bagi mempersiapkan masa depan mereka kerana suatu masa nanti mereka akan mewarisi kepimpinan dalam banyak aspek.” katanya.
Perkara ini ditegaskan Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir ketika berucap secara santai kepada peserta kebanyakan terdiri golongan muda pada sesi Building Resilience for Conclusive & Sustainabale Future di Casuarina@Meru, Ipoh pada Ahad.
Beliau juga turut meninjau aktiviti serta perkembangan di luar dewan persidangan khusus “laman seni” yang membabitkan penyertaan golongan muda seperti perniagaan food truck.
Dr Zambry mengingatkan golongan muda agar tidak membenarkan fikiran negatif mempengaruhi pemikiran mereka, sebaliknya merebut peluang dengan menjadikan diri mereka proaktif dalam hal-hal pembangunan.
Dalam konteks ini beliau memuji sikap belia-belia di Perak yang mempamerkan keupayaan yang luar biasa di dalam pelbagai bidang termasuklah bidang kulinari.
Sebagai contoh, ktanya penglibatan golongan muda dalam perniagaan makanan dengan mengguna pakai konsep “food truck” berjaya menjadikan bandaraya Ipoh sebagai bandar hipster di mana konsep sama gagal dilihat di negeri-negeri lain.
Beliau menceritakan bagaimana ketika hadir dalam satu program anjuran PORT tidak lama dulu beliau terkejut kerana “masakan kueteow dan char kueteow” yang diusahakan usahawan muda melalui food truck adalah yang paling sedap di Perak.