top of page
muinsapidin

Wanita Disah Dijangkiti Virus Zika, Kes Pertama Di Malaysia

KLANG: Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita yang baru pulang dari Singapura sebagai kes pertama jangkitan virus Zika di Malaysia.

Wanita dari Klang itu telah berkunjung ke Singapura pada 19 Ogos selama tiga hari dan mula menunjukkan tanda demam selepas seminggu.

Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika.

Wanita berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buluh untuk pemeriksaan sejurus pulang ke Malaysia.

Ujian air kencing ke atas mangsa mengesahkan dia dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Dr Subramaniam dalam satu sidang media hari ini berkata kementerian akan melupuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan mangsa.


12 views0 comments
bottom of page