top of page
muinsapidin

Hina Mufti Perak - JAG, GEI Diberi Tempoh Tujuh Hari Mohon Maaf

IPOH: Kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat memberikan anugerah menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria digesa memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (PPIP), Khairilamri Abdul Rahman berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat oleh persatuan-persatuan Islam yang terdapat di seluruh Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya merasakan tindakan kedua-dua NGO berkenaan sebagai detik permulaan provokasi melampau untuk mengusarkan umat Islam hari ini.

"Sekiranya dalam tempoh berkenaan, mereka gagal berbuat demikian, kita akan melakukan satu demonstrasi besar-besaran untuk menghadapkan mereka ke mahkamah.

“Kita juga ingin mengingatkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas kebiadapan mereka ini kerana ianya satu penghinaan kepada institusi mufti Perak itu sendiri,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis.

Pada 29 Ogos lalu, media melaporkan Harussani ‘memenangi’ anugerah kategori “menghina intelektual” dalam majlis yang menilai kenyataan-kenyataan dianggap negatif, anjuran sebuah gabungan hak-hak wanita.

Harussani diberikan Anugerah Aiyoh Wat Lah! itu susulan kenyataannya tahun lalu bahawa tiada konsep rogol dalam perkahwinan Islam.

Anugerah itu dianjurkan oleh Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) bersama kumpulan mahasiswa di universiti swasta dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI), dua NGO yang giat mempromosikan hak LGBT dan juga hak-hak wanita.


23 views0 comments
bottom of page