top of page
muinsapidin

Pemandu Maut Lori Terbabas

Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas lori yang dipandu terbabas sebelum terbalik di KM 384 Plus Arah Selatan dekat Slim River, pagi Selasa.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian sekitar jam 9.32 pagi itu telah menyebabkan pemandu lori tersebut mati ditempat kejadian. "Kita menerima panggilan pada jam 9.24 pagi dan setibanya di lokasi kejadian sebuah lori jenis Nissan telah terbalik di sebelah kiri lebuhraya. "Terdapat dua mangsa lelaki yang tidak tersepit dan seorang pemandu meninggal dunia. Salah seorang yang cedera dibawa ke hospital dengan ambulan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Tambah beliau, pihaknya telah mengeluarkan mangsa yang maut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


24 views0 comments
bottom of page