top of page

Maut Setelah Terbabas Langgar Penjuru Restoran

muinsapidin

Seorang lelaki 29 tahun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan merempuh bahagian penjuru sebuah restoran berdekatan Tesco Taiping, awal pagi Selasa.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata kemalangan pada jam sekitar 3 pagi itu menyebabkan lelaki berkenaan tersepit dan mati di tempat kejadian. "Kereta jenis Volkswagen itu telah terbabas dan merempuh bahagian penjuru sebuah restoran di tepi jalan besar menghala ke Tesco Taiping.

"Anggota mendapati mangsa telah tersepit dan mati di tempat kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunaan rescue tools serta stretcher," katanya dalam satu jenyataan yang dikeluarkan pada Selasa. Tambah beliau, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


3 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page