top of page
muinsapidin

Langgar lori tanker, dua pegawai tentera maut

Dua pegawai tentera maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang lori tanker muatan susu getah di Kilometer 229 Lebuhraya Plus arah Selatan dekat Taiping, awal pagi Selasa.

Gambar Hiasan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dua anggota tentera tersebut maut ditempat kejadian. “Hasil siasatan awal mendapati trailer tersebut sedang dalam perjalanan daripada Penang menghala ke Kuala Lumpur manakala mangsa penunggang dan pembonceng berusia 22 dan 23 tahun itu daripada arah yang sama. “Kemalangan berlaku dipercayai motorsikal telah melanggar tepat pada bahagian belakang trailer yang sedang bergerak,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pagi Selasa. Beliau berkata mangsa yang maut ialah Mohd Faiz Harman, 23, beralamat di Kulim Kedah dan Mohammad Badrul Aswat Mat Zain, 22, beralamat di Sik Kedah. Tambah beliau, ketika kemalangan berlaku cuaca didapati baik dan jalan dalam keadaan kering.


4 views0 comments
bottom of page