top of page
muinsapidin

Bapa Terima Jenazah Anak Sekeluarga Di Hari Lahirnya

Seorang bapa tidak menyangka akan menerima jasad anak, menantu dan dua cucunya sebagai ‘hadiah’ bersempena hari lahirnya yang ke-78 hari ini.

Abdul Rahim Saad terpaksa menerima kenyataan perit itu apabila anggota polis datang ke rumahnya pada 3 pagi tadi untuk memberitahu mengenai kemalangan yang merangut nyawa anak berserta keluarga di dekat Tanjung Malim awal pagi tadi.

Mangsa Koperal Ahmad Faizal,33, merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke Melaka setelah menghantar emaknya pulang ke kampung halaman di Pokok Assam, Taiping.

Beliau terbunuh bersama isterinya, Nur Fazilah Mad Zani, 33, serta dua anaknya, Nur Aimi Nadirah dan Ahmad Fakhri Naim, 3, apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan melibatkan empat kenderaan.

Kemalangan pada 1.20 pagi di kilometre 405, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Tanjung Malim itu, turut mencederakan anak ketiga pasangan iaitu Ahmad Faqiah Nazmi, 5, yang mengalami patah tangan apabila tercampak keluar.

“Saya redha dengan berita ini. Polis datang pukul 3 pagi beritahu mengenai kematian ini. Allah lebih sayangkan mereka,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Kakak mangsa Fatima yang begitu sedih dengan kematian adiknya itu berkata arwah tidak perubahan pelik ketika bersama keluarga sebelum memulakan perjalanan pulang ke Melaka.

“Dia nampak biasa sahaja. Lagi pun arwah seorang yang periang dan gemar berjenaka,” katanya.

Beliau berkata Ahmad Faizal yang bertugas sebagai Ketua Bot Ronda Pasukan Polis Marin telah mengambil cuti selama seminggu untuk membawa ibunya tinggal bersamanya di Melaka.

“Dia balik untuk hantar mak pulang setelah puas bawa mak berjalan-jalan di Melaka,” katanya.

Fatimah bagaimanapun berkata arwah adiknya sempat meluangkan masa mengunjungi kawan lamanya yang berniaga burger di Taiping semalam.

“Kawannya arwah bagi tahu dia peluk kuat-kuat macam tak nak lepaskan,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Rumah Awam, Taman Idris, Pokok Assam, Taiping.

Keempat-empat jenazah di sembahyangkan di Masjid Al-Taufiqiatul Khairiah, Pokok Assam, Taiping pukul 6.12 petang.

Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Jambu Taiping, Perak.


12 views0 comments
bottom of page