PUTRAJAYA: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.
Dalam kejadian pukul 9.40 pagi, mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15 tahun, dilaporkan terjatuh ketika cuba menyambut beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.
Difahamkan kejadian berlaku bila mangsa dikatakan cuba membantu rakannya mengambil beg berkenaan.
Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal mengawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.