top of page
muinsapidin

Panggilan Bom Palsu Gemparkan Bank Di Ipoh

Sebuah bank di Jalan Seenivasagam, Ipoh gempar seketika selepas seorang kakitangannya menerima panggilan palsu dari seorang lelaki yang mendakwa akan meletakkan bom di bangunan berkenaan pada pagi Isnin. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, namun selepas kira-kira satu jam pemeriksaan dan siastan dijalankan di keseluruhan bangunan tujuh tingkat itu pihaknya tidak menemui sebarang objek disyaki bahan letupan.

Menurut beliau pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan bank tersebut pada jam 12.06 tengah hari sebelum polis bersama sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB),Unit Anjing Pengesan (K9) dan Forensik tiba di lokasi kejadian. “Salah seorang kakitangan bank iaitu seorang perempuan menerima panggilan dari seorang lelaki sekitar jam 11.45 pagi yang memberitahu akan meletakkan bom di bangunan ini. “Tapi selepas melakukan pemeriksaan di keseluruhan bangunan kita tidak menemui sebarang objek dan kita percaya ianya adalah hanya panggilan palsu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian pada Isnin. Kata beliau pihaknya kini sedang mengesan individu yang membuat panggilan palsu tersebut. "Polis akan menjalankan siasatan terhadap panggilan dilakukan lelaki itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan individu berkenaan," ujarnya.


6 views0 comments
bottom of page