top of page
muinsapidin

2,500 usahawan India dapat manfaat SEED

Seramai 2,500 usahawan India berjaya dilahirkan sejak tiga tahun lalu di bawah Sekretariat Memperkasakan Usahawan India (SEED) yang merupakan tunjang ekonomi untuk masyrakat India.

Ketua Pegawai Eksekutif SEED, Datuk Dr A.T Kumararajah berkata, sejumlah RM30 juta dana telah digunakan bagi tujuan tersebut.

Menurut beliau bagi tempoh Januari hingga Julai 2016 sahaja seramai 1,100 ushawan wanita India telah dibantu dengan dana pinjaman RM12 juta.

“Pencapaian tersebut meletakkan SEED pada landasan betul dalam usaha menjadikan masyarakat India khususnya wanita diwakili secara seimbang dalam pekerjaan berpendapatan tinggi serta penglibatan dalam sektor pertumbuhan tinggi ekononi negara.

“Secara tidak langsung jumlah pinjaman berkenaan menunjukkan usaha berterusan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu semua golongan tanpa mengira bangsa dan kaum,” katanya pada sidang media selepas perasmian bengkel kepimpinan ushawan “Team Me” SEED di Kuala Kangsar pada Isnin.

Katanya bagi mempertingkatkan lagi pencapaian usahawan India ini, pihaknya telah mengadakan satu kerjasama bersama pasaraya Mydin bagi menjual produk-produk usahawan kecil India.

“Produk-produk yang dikeluarkan usahawan ini akan kita pasarkan bersama produk Agro market keluaran usahawan Melayu yang sudah berada di pasaraya Mydin

Satu MoU bagi kerjasama ini telahpun kita tandatangani dan ia dijangka bermula Oktober ini,” jelasnya.

Sekretariat SEED adalah inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penglibatan usahawan kaum India di dalam teras agenda pembangunan ekonomi negara.

SEED ditubuhkan sebagai unit strategik di JPM pada 1 Ogos 2012 berperanan memberi bimbingan serta maklumat secara terperinci mengenai pinjaman dan bantuan kerajaan untuk usahawan India.


15 views0 comments
bottom of page