Jabatan Kesihatan Perak akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap ibu-bapa yang gagal memberi suntikan vaksin kepada anak-anak. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, ibu-bapa akan dikenakan tindakan undang-undang dibawah Akta Perlindungan Kanak-kanak sekiranya didapati anak-anak mereka yang tidak dimunisasikan tersebut terkena sebarang jangkitan.
Menurut beliau, keputusan untuk mengambil tindakan itu telah dibuat dalam satu mesyuarat khas selepas mendapati jumlah ibu-bapa enggan membenarkan imunisasi kepada anak-anak meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu. “Kita di Perak telah adakan mesyuarat dan kami telah ambil keputusan jika ada dikalangan ibu bapa tolak vaksin ini, anak-anak mereka mendapat jangkitan kita akan minta ambil kes dibawah akta perlidungna kanak-kanak. “Ini adalah untuk melindungi kanak-kanak tersebut, sekiranya anak mereka itu terkena jangkitan dan didapati kanak-kanak itu tidak diberi suntikan kita boleh ambil tindakan terhadap ibu-bapa, kita sedang merancang ke arah itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Awam Imuniasi Perak di Ipoh pada Ahad.
Datuk Dr Juita Ghazalie
Katanya antara faktor keputusan tersebut dibuat juga adalah disebabkan peningkatan membimbangkan sekurang-kurangnya tiga penyakit cegahan vaksin seperti diphtheria, pertussis (batuk kokol) dan measles (campak) di negara ini. Tambah beliau, seramai 246 ibu bapa telah dikesan di negeri ini menolak suntikan vaksina terhadap anak-anak mereka dari Januari sehingga Jun 2016 dengan pelbagai alasan. “Kebanyakkan mereka ini adalah dikalangan orang professional dan orang berpendidikan. “Antara punca penolakan adalah keraguan mengenai status halal, kesan sampingan vaksin, mempercayai perubatan alternatif disamping lebih mempercayai pendapat golongan anti vaksi yang bergerak aktif,” jelasnya. Beliau turut memberitahu jabatannya juga telah mengabmil langkah bersama dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai serta caiapaian imunisasi di negeri ini. “Kita bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Pendidikan Perak serta Jabatan Bukan Kerajana seperti Majlis Homeopathy Kebangsaan. “Selain meningkatkan promosi kepentingan imunisasi melalui hebahan media massa, dan khutbah jumaat,kita juga mengadakan outreach mopping kes-kes keciciran,” ujarnya.