top of page
muinsapidin

Tun M Seorang Kaki Gaduh - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menyifatkan bekas pemimpin negara Tun Mahathir Mohamad sebagai individu kaki gaduh.

Beliau berkata, selain dirinya, Tun Mahathir juga lantang mengkritik beberapa bekas pemimpin negara terdahulu malah kini Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar juga tidak terkecuali. Menurut beliau, daripada sejarah tersebut ianya membuktikan Tun Mahathir merupakan individu yang gemar mengkritik pemimpin UMNO sejak dari dahulu. “Ada pihak mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini, saya dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia beliau selama 22 tahun. “Kita pertahankan dia, tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang tapi kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh. “Pertama dengan Tunku Abdul Rahman, kemudia Tun Hussein Onn dikatakan tak betul, Tun musa Hitam tak betul, Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor juga tidak betul, semuanya tidak betul habis itu siapa yang betul?,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata Cameron Highland pada Sabtu. Kata Najib, Tun Mahathir seharusnya bertanding dalam UMNO bagi jawatan Presiden sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinannya dan bukan menyerang dari luar sehingga memusnahkan parti. “Kalau dia nak lawan saya bertanding dengan saya tapi jangan runtuhkan parti UMNO,” ujarnya.


20 views0 comments
bottom of page