top of page
muinsapidin

'Saya Tidak Akan Minta Maaf' - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan meminta maaf atas sebarang keputusan tidak popular yang diambil kerajaan demi keselamatan negara.

Sebagai contoh, beliau berkata walaupun dituduh cuba menjadi ditaktor dengan mewujudkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 namun tindakan itu merupakan langkah untuk memelihara kesejahteraan serta keselamatan negara. Menurut beliau, akta tersebut penting bagi mengatasi ancaman militan Daesh dan juga kejadian pencerobohan seperti di Lahad Datu pada 2013 lalu. “Jangan lupa peristiwa Lahad Datu beberapa orang anggota polis telah terkobrban dengan begitu zalim sekali, jadi kalau kita tak ada kuasa macam mana kita nak jaga keamanan dan keselamatan negara? “Jadi saya tidak akan memohon maaf, sebagai Perdana Menteri ini merupakan amanah saya untuk menjaga keselamatan negara kita,” katanya. Katanya, ianya merupakan amanah selaku Perdana Menteri untuk melakukan keputusan terbaik demi keselamatan negara walaupun ianya tidak popular. Kata beliau lagi, jika dibandingkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seharusnya ditakuti rakyat dan bukan Akta MKN. “Saya mansuhkan ISA banyak orang kata tak patut, tapi bila kita buat undang-undang baru orang kata saya nak jadi ditaktor...tetapi orang tak faham iaitu kuasa yang lebih ialah kuasa ISA,” jelasnya.


6 views0 comments
bottom of page