top of page
muinsapidin

Ogos Sahaja Catat 10 Kes Keracunan Makanan

Sebanyak 10 kes keracunan makanan membabitkan sekolah direkodkan di negeri ini sepanjang bulan Ogos.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata lima daripada kes tersebut dilaporkan dari 7 hingga 13 Ogos lalu manakala lima lagi direkodkan pada 14 hingga 20 Ogos dengan kes terbaharu di SM Poi Lam ( SUWA) semalam.‎ "Keseluruhannya, 44 insiden keracunan makanan melibatkan 1,119 kes dilaporkan berlaku di seluruh Perak sejak 1 Januari lalu hingga 20 Ogos lepas. Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, daripada jumlah tersebut 795 kes keracunan makanan melibatkan sekolah. Menurutnya, kebanyakan pesakit tidak mendapatkan rawatan kerana gejala penyakit ini selalunya ringan dan sembuh sendiri manakala yang dirawat hanya dirujuk sebagai pesakit luar.


14 views0 comments
bottom of page