top of page
muinsapidin

JPJ Saman Anggota Mereka Guna Telefon Ketika Memandu

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengeluarkan saman ke atas anggotanya yang didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan jabatan itu.

JPJ menyatakan, saman berkenaan dikeluarkan sendiri oleh Pengarah Penguatkuasa jabatan itu selepas gambar anggota berkenaan menggunakan peralatan itu viral di media sosial.

“Siasatan serta-merta mengenai perkara itu dibuat dan jabatan mengesahkan kebenaran maklumat itu. “Anggota itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain serta dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana mencemarkan imej jabatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JPJ menyatakan, jabatan itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam kes kesalahan undang-undang jalan raya.

“Jabatan sentiasa mengingatkan anggota JPJ supaya sentiasa menghormati undang-undang jalan raya dan menjadi contoh kepada pengguna jalan raya lain,” katanya


26 views0 comments
bottom of page