top of page
muinsapidin

Penuh Iklan Ah Long

MARANG - Peningkatan bilangan iklan ejen pinjaman wang haram yang dilekat sewenang-wenangnya pada kemudahan awam mencemari imej Marang sebagai sebuah daerah pelancongan.

Iklan pinjaman wang haram yang digantung pada pokok di Kelulut.

Tinjauan Sinar Harian petang kelmarin mendapati, papan tanda, tiang kabel dan lampu jalan, malah pokok di laluan utama Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan bermula dari Kelulut hingga Gong Balai dipenuhi ratusan iklan haram tersebut.

Sebelum ini, sebanyak 360 banner dan iklan pinjaman wang haram atau ah long diturunkan dan dirampas dalam satu operasi dijalankan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT), Mei lalu.

Namun iklan haram itu bukan sahaja terus muncul tetapi makin berleluasa dan penduduk meminta pihak berkaitan terus memeranginya.

Penjaja mahu dikenali sebagai Sabri berkata, banyak papan tanda sepanjang laluan utama itu kini dipenuhi pelekat ejen pinjaman wang segera yang mencemari pemandangan.

“Kami harap pihak berkuasa gunakan semua pendekatan yang ada demi memastikan isu ini diselesaikan secara berkesan termasuk mengambil tindakan undang-undang.

“Selain penguatkuasaan, pihak berkuasa juga perlu menganjurkan kempen kesedaran kerana keadaan ini kalau tak dikawal akan merosakkan nama baik pihak berkuasa tempatan sendiri,” katanya.


22 views0 comments
bottom of page