top of page
muinsapidin

Lapan Bomba Sesak Nafas

MELAKA TENGAH - Lapan anggota bomba mengalami sesak nafas selepas dipercayai terhidu bau gas dalam operasi menyelamat mangsa jatuh di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bukit Cina, di sini, malam semalam.

‎Orang awam turut membantu menenangkan anggota bomba yang dipercayai mengalami sesak nafas.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, semua tujuh anggota lelaki dan seorang wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dikejarkan ke Hospital Melaka selepas terhidup gas disyaki jenis metana.

Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi Melaka, Kamarulzaman Md Din berkata, kesemua lapan anggota itu berusia antara 20 dan 45 tahun mengalami sesak nafas selepas bergilir-gilir turun ke dalam tangki septik yang terletak di bahagian tingkat bawah bangunan berkenaan.

"Selepas menerima panggilan jam 9.47 malam, seramai 12 anggota bomba bergegas ke lokasi dan sebaik tiba anggota bergilir-gilir turun ke basement sedalam 4.5 meter untuk mencari seorang warga Bangladesh yang dipercayai terjatuh.

"Dipercayai dalam ruang itu mengandungi oksigen yang sudah terperangkap lama dan tiada pengudaran keluar masuk menyebabkan bertukar menjadi udara beracun," katanya di sini, malam tadi.

Operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap berakhor kira-kira jam 2 pagi itu membabitkan pasukan bantuan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh serta anggota Hazmat dari Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah, Komisioner Shaikh Abdul Adzis berkata, mayat lelaki berusia 36 tahun iti berjaya dikeluarkan anggota bomba kira-kira jam 1.30 pagi dan dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Katanya, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.


30 views0 comments
bottom of page